10 Anak-anak mereka akan mengganti apa sahajayang telah dicuri mereka daripada orang papa.
11 Dahulu badan mereka muda dan perkasa,tetapi mereka akan menjadi debu belaka.
12-13 Kejahatan sungguh manis bagi mereka,sehingga disimpan di dalam mulut untuk dinikmati mereka.
14 Tetapi di dalam perut makanan itu menjadi pahit,seperti racun yang mendatangkan maut.
15 Mereka memuntahkan kekayaan yang telah dicuri mereka;Allah mengeluarkannya bahkan dari dalam perut mereka.
16 Apa yang ditelan orang jahat seperti racun yang membawa bencana;mereka mati seperti dipatuk ular berbisa.
17 Mereka tidak akan menikmati minyak zaitun yang berlimpah,ataupun susu dan madu yang bertumpah-ruah.