18 Mereka harus menyerahkan segala yang telah dikerjakan mereka;mereka tidak berpeluang menikmati kekayaan mereka,
19 sebab mereka telah menindas dan membiarkan orang miskin,dan merampas rumah yang dibina orang lain.
20 Ketamakan mereka tidak mengenal batas,maka mereka tidak akan pernah puas.
21 Apabila mereka makan, tidak pernah ada sisa,tetapi, kini berakhirlah kemakmuran mereka.
22 Pada puncak kejayaan mereka,duka dan derita datang menimpa mereka.
23 Semasa mereka makan segala yang dikehendaki mereka,Allah akan menjadi murka dan menghukum mereka.
24 Apabila mereka cuba mengelakkan diri daripada pedang besi,panah gangsa akan melukakan mereka.