23 Semasa mereka makan segala yang dikehendaki mereka,Allah akan menjadi murka dan menghukum mereka.
24 Apabila mereka cuba mengelakkan diri daripada pedang besi,panah gangsa akan melukakan mereka.
25 Anak panah menembusi badan mereka;hujung panah yang berkilat menitiskan darah mereka,dan ketakutan akan mencengkam hati mereka.
26 Segala yang telah dikumpulkan mereka musnah;api yang tidak dinyalakan tangan manusiamembakar mereka serta semua keluarga mereka.
27 Langit menyatakan dosa mereka,dan bumi bangkit melawan mereka.
28 Segala kekayaan mereka akan musnahkerana dilanda kemurkaan Allah.
29 Begitulah kesudahan orang yang durjana,kesudahan yang ditentukan Allah bagi mereka.”