3 Kata-katamu sungguh menghina,tetapi aku tahu menjawabnya.
4 Tentu engkau tahu bahawa sejak zaman purba,sejak manusia mula-mula ditempatkan di bumi,
5 kebahagiaan orang jahat tidak tahan lama;kegembiraan orang derhaka seketika sahaja.
6 Walaupun kebesaran mereka sampai ke angkasa,sehingga kepala mereka sampai ke mega,
7 namun mereka akan lenyap selama-lamanya,menghilang dari dunia dengan cara yang terhina.Orang yang telah mengenal mereka akan bertanya,‘Ke mana mereka pergi?’
8 Mereka akan hilang seperti mimpi,lenyap seperti penglihatan pada malam hari.
9 Mereka tidak lagi kelihatan;mereka tiada lagi di tempat tinggal mereka.