12 Anak mereka menyanyi dan menari-nari,diiringi bunyi tamburin, seruling, dan kecapi.
13 Mereka hidup dalam kemakmuran,dan meninggal dengan kesejahteraan.
14 Orang jahat menyuruh Allah menjauhi mereka;mereka tidak mahu mengetahui kehendak-Nya bagi hidup mereka.
15 Mereka berfikir bahawa tidak berguna mengabdi kepada Allahdan tidak bermanfaat berdoa kepada-Nya.
16 Mereka berkata bahawa mereka berjaya kerana usaha mereka;tetapi pendapat mereka itu tidak dapat aku terima.
17 Pernahkah hidup orang jahat dipadamkan seperti pelita?Pernahkah mereka ditimpa bencana?Pernahkah Allah murka terhadap merekasehingga Dia menghukum mereka?
18 Pernahkah mereka menjadi seperti jerami yang ditiup angin,ataupun seperti sekam yang diterbangkan ribut?