3 Bersabarlah apabila aku bercakap;selepas itu, ejeklah aku sesuka hati kamu.
4 Keluhanku tidak tertuju kepada manusia;tidak mengapalah aku berasa kurang sabar.
5 Pandanglah aku, maka kamu akan tercengang,kamu akan terkejut dan terdiam.
6 Apabila aku memikirkan keadaanku ini,aku gementar kerana ngeri.
7 Mengapa orang jahat panjang umur,dan menjadi makmur?
8 Mereka mendapat anak dan cucu,dan dapat melihat mereka menjadi dewasa.
9 Allah tidak mendatangkan bencana pada keluarga mereka;mereka selamat dan aman sentosa.