14 Engkau menyangka bahawa pandangan-Nya tertutup awan,ketika Dia berjalan di sempadan langit dan bumi.
15 Adakah engkau tetap mengikut jalanyang selalu diikuti orang jahat?
16 Walaupun masa mereka belum tiba,mereka dihanyut oleh banjir yang melanda.
17 Itulah orang yang menolak Allah,dan menganggap Yang Maha Kuasa tidak dapat mengapa-apakan mereka.
18 Padahal Allah yang telah menjadikan mereka kaya.Aku tidak faham akan fikiran orang durjana.
19 Orang baik dan yang tidak bersalah ketawa kegembiraan,apabila melihat orang jahat menerima hukuman.
20 Segala hak milik orang jahat musnah,dan api membakar segala yang tersisa.