4 Bukan kerana engkau takut dan hormat kepada Allah,maka Dia menegur dan mengadili engkau,
5 melainkan kerana dosamu banyak,dan engkau sangat jahat.
6 Untuk memaksa saudaramu membayar hutangnya,engkau merampas pakaiannya dan membiarkan dia telanjang.
7 Engkau enggan memberikan air kepada mereka yang lelah,dan enggan memberikan makanan kepada mereka yang lapar.
8 Engkau menggunakan kuasa dan kedudukanmuuntuk merampas seluruh tanah.
9 Bukan sahaja engkau tidak mahu menolong balu,tetapi engkau juga menindas anak yatim piatu.
10 Oleh itu sekarang terdapat perangkap di sekelilingmu,dan tiba-tiba ketakutan meliputimu.