11 Biarlah aku mengajar kamu betapa besarnya kuasa Allah,dan menerangkan rancangan Allah Yang Maha Kuasa.
12 Kamu telah melihat semua itu dengan mata kamu sendiri.Oleh itu, mengapakah kamu mengatakan yang bukan-bukan ini?”
13 “Lihatlah bagaimana Allah Yang Maha Kuasamenghukum orang yang kejam dan durjana.
14 Jika anak lelaki mereka banyak, semuanya akan mati dalam peperangan;anak-anak mereka tidak pernah cukup makan.
15 Mereka yang hidup akan mati kerana wabak,dan balu mereka tidak akan menangisi mereka.
16 Perak orang jahat bertimbun-timbun,dan pakaian mereka bersusun-susun,
17 tetapi orang baik akan memakai pakaian itu,dan orang jujur akan mendapat perak itu.