15 Mereka yang hidup akan mati kerana wabak,dan balu mereka tidak akan menangisi mereka.
16 Perak orang jahat bertimbun-timbun,dan pakaian mereka bersusun-susun,
17 tetapi orang baik akan memakai pakaian itu,dan orang jujur akan mendapat perak itu.
18 Rumah yang dibina orang jahat rapuh seperti sarang labah-labah,hanya rumah sementara seperti pondok penjaga ladang.
19 Untuk kali terakhir, mereka membaringkan diri sebagai orang kaya,apabila mereka bangun, hilanglah segala kekayaan mereka.
20 Seperti banjir yang datang dengan tiba-tiba, kedahsyatan menimpa mereka;angin pada waktu malam akan meniup mereka.
21 Angin timur mengangkat mereka,dan menyapu mereka dari rumah.