5 Aku tidak akan mengatakan kamu benar;sampai mati pun aku tetap mengatakan aku tidak bersalah.
6 Aku tidak akan berhenti berkata bahawa aku benar;hati nuraniku tidak menyalahkan aku.
7 Biarlah musuhku dihukum seperti orang durjana,dan orang yang melawan aku dihukum seperti penderhaka.
8 Apakah harapan orang durjanaapabila Allah menuntut nyawa mereka?
9 Apabila kesusahan tiba,mahukah Allah mendengarkan teriakan mereka?
10 Seharusnya mereka mengingini kegirangan daripada Allah,dan seharusnya mereka selalu berdoa kepada-Nya.
11 Biarlah aku mengajar kamu betapa besarnya kuasa Allah,dan menerangkan rancangan Allah Yang Maha Kuasa.