6 Aku tidak akan berhenti berkata bahawa aku benar;hati nuraniku tidak menyalahkan aku.
7 Biarlah musuhku dihukum seperti orang durjana,dan orang yang melawan aku dihukum seperti penderhaka.
8 Apakah harapan orang durjanaapabila Allah menuntut nyawa mereka?
9 Apabila kesusahan tiba,mahukah Allah mendengarkan teriakan mereka?
10 Seharusnya mereka mengingini kegirangan daripada Allah,dan seharusnya mereka selalu berdoa kepada-Nya.
11 Biarlah aku mengajar kamu betapa besarnya kuasa Allah,dan menerangkan rancangan Allah Yang Maha Kuasa.
12 Kamu telah melihat semua itu dengan mata kamu sendiri.Oleh itu, mengapakah kamu mengatakan yang bukan-bukan ini?”