5 Jadikanlah hari itu muram,dan penuh kegelapan;liputilah hari itu dengan awan,dan tudungilah cahaya sang suria.
6 Biarlah malam itu dihapuskandaripada hitungan tahun dan bulan.
7 Biarlah malam itu penuh kegelapan,tiada kemesraan, tiada kegembiraan.
8 Hai tukang sihir, pawang Lewiatankutuklah hari itu dengan jampi serapah.
9 Jangan biar bintang fajar bersinar;jangan biar sinar fajar memancar.
10 Kutuklah malam itu kerana membiarkan aku dilahirkan,dan menyerahkan aku kepada kesusahan dan kesedihan.
11 Mengapakah aku tidak mati di dalam rahim ibu?Mengapakah aku tidak meninggal pada saat kelahiranku?