7 Biarlah malam itu penuh kegelapan,tiada kemesraan, tiada kegembiraan.
8 Hai tukang sihir, pawang Lewiatankutuklah hari itu dengan jampi serapah.
9 Jangan biar bintang fajar bersinar;jangan biar sinar fajar memancar.
10 Kutuklah malam itu kerana membiarkan aku dilahirkan,dan menyerahkan aku kepada kesusahan dan kesedihan.
11 Mengapakah aku tidak mati di dalam rahim ibu?Mengapakah aku tidak meninggal pada saat kelahiranku?
12 Mengapakah aku dipeluk ibu dan dipangkunya?Mengapakah aku disusui pada buah dadanya?
13 Jika pada waktu itu aku meninggal dunia,tentu pada saat ini aku dapat berehat,