1 Tetapi kini orang yang lebih muda daripada akumengejek aku.Dahulu bapa mereka kupandang terlalu hinauntuk menjaga dombaku bersama dengan anjing gembala.
2 Bagiku mereka tidak berguna,kerana sudah kehabisan tenaga.
3 Mereka miskin dan lapar sekali,sehingga mereka makan akar kering di gurun yang sunyi.
4 Mereka mencabut belukar di gurun,lalu makan daun dan akarnya.
5 Semua orang menghalau mereka dengan tengkingan,seperti orang mengusir pencuri.
6 Mereka terpaksa tinggal di dalam gua,lubang-lubang di tebing gunung menjadi rumah mereka.
7 Di hutan mereka meraung seperti binatang,dan berhimpit-himpit di bawah belukar.