18 Allah mencekau aku pada leher bajukudan merenyukkan pakaianku.
19 Dia menghempaskan aku ke dalam lumpur,dan aku menjadi seperti kotoran.
20 Aku berseru kepada-Mu, ya Allah, tetapi Engkau tidak memberikan jawapan;dan apabila aku berdoa, Engkau tidak memperhatikan.
21 Engkau bersikap kejam terhadapku;Engkau menganiaya aku dengan segenap kekuatan-Mu.
22 Engkau membiarkan angin menerbangkan aku,dan angin ribut mengumbang-ambingkan aku.
23 Aku tahu bahawa Engkau membawa aku ke alam kematian,kepada kesudahan yang mesti dihadapi setiap orang.
24 Mengapakah Engkau menyerang orang yang malang,yang tidak dapat berbuat apa-apa lagi kecuali mohon belas kasihan?