21 Engkau bersikap kejam terhadapku;Engkau menganiaya aku dengan segenap kekuatan-Mu.
22 Engkau membiarkan angin menerbangkan aku,dan angin ribut mengumbang-ambingkan aku.
23 Aku tahu bahawa Engkau membawa aku ke alam kematian,kepada kesudahan yang mesti dihadapi setiap orang.
24 Mengapakah Engkau menyerang orang yang malang,yang tidak dapat berbuat apa-apa lagi kecuali mohon belas kasihan?
25 Tidakkah aku menangis bersama-sama orang dalam kesusahan,dan mengasihani orang yang berkekurangan?
26 Aku mengharapkan kebahagiaan dan cahaya,tetapi kesusahan dan kegelapan yang datang.
27 Aku dihancurkan oleh kegelisahan dan kesakitan;hari demi hari aku menghadapi penderitaan.