16 Aku belum pernah enggan menolong orang yang papa,dan belum pernah membiarkan balu hidup putus asa.
17 Aku belum pernah membiarkan anak yatim piatu kelaparan,sedang aku sendiri cukup makanan.
18 Aku seperti bapa kepada anak yatim piatu,aku selalu membela balu.
19 Ketika aku bertemu dengan orang yang berkekurangan,yang terlalu miskin untuk membeli pakaian,
20 aku memberinya pakaian daripada bulu dombaku sendiri,maka dia akan memuji aku dengan sepenuh hati.
21 Jika aku pernah menipu anak yatim piatukerana aku tahu bahawa aku akan memenangi perkaraku,
22 biarlah lenganku dipatahkan,sehingga dari bahuku dipisahkan.