21 Jika aku pernah menipu anak yatim piatukerana aku tahu bahawa aku akan memenangi perkaraku,
22 biarlah lenganku dipatahkan,sehingga dari bahuku dipisahkan.
23 Oleh sebab aku takut terhadap hukuman Allah,aku tidak sekali-kali berani melakukan hal itu.
24 Aku tidak pernah bergantung pada kekayaanku,
25 ataupun membanggakan hartaku.
26 Aku tidak pernah menyembah matahari yang bersinar cerah,ataupun bulan yang bercahaya indah.
27 Aku tidak pernah terpikat kepada semuanya,dan tidak pernah mencium tanganku untuk menghormati semuanya.