27 Aku tidak pernah terpikat kepada semuanya,dan tidak pernah mencium tanganku untuk menghormati semuanya.
28 Dosa itu patut dijatuhi hukuman mati,kerana Allah Yang Maha Kuasa diingkari.
29 Aku tidak pernah gembira ketika musuhku menderita,dan tidak pernah suka apabila mereka ditimpa bencana.
30 Aku tidak pernah mendoakan kematian mereka;aku tidak pernah berdosa begitu.
31 Semua orang yang bekerja untuk aku tahubahawa orang yang tidak kukenal, aku jamu di rumahku.
32 Rumahku terbuka kepada pengembara,dan aku tidak pernah membiarkan mereka tidur di jalan raya.
33 Orang lain cuba menyembunyikan dosa,tetapi aku tidak berbuat seperti mereka.