4 Allah tahu segala perbuatanku;Dia melihat setiap langkahku.
5 Aku bersumpah bahawa aku tidak pernah bertindak curang,dan aku tidak pernah menipu orang.
6 Biarlah Allah menimbang aku dengan penimbang yang sah,dan Dia akan tahu bahawa aku tidak bersalah.
7 Jika aku telah berpaling dari jalan yang benar,atau hatiku tertarik kepada hal yang cemar,jika tanganku kotor kerana dosa,
8 maka biarlah orang lain makan apa yang aku tabur,dan biarlah seluruh tanamanku hancur.
9 Jika aku tertarik kepada isteri jiranku,dan menanti dia sambil bersembunyi di balik pintu,
10 maka biarlah isteriku memasak makanan lelaki lain,dan tidur di katil lelaki lain.