5 Aku bersumpah bahawa aku tidak pernah bertindak curang,dan aku tidak pernah menipu orang.
6 Biarlah Allah menimbang aku dengan penimbang yang sah,dan Dia akan tahu bahawa aku tidak bersalah.
7 Jika aku telah berpaling dari jalan yang benar,atau hatiku tertarik kepada hal yang cemar,jika tanganku kotor kerana dosa,
8 maka biarlah orang lain makan apa yang aku tabur,dan biarlah seluruh tanamanku hancur.
9 Jika aku tertarik kepada isteri jiranku,dan menanti dia sambil bersembunyi di balik pintu,
10 maka biarlah isteriku memasak makanan lelaki lain,dan tidur di katil lelaki lain.
11 Dosa seperti itu jahat sekali,dan orang yang melakukannya patut dihukum mati.