3 Dia juga marah terhadap tiga orang sahabat Ayub itu kerana mereka tidak dapat menjawab Ayub, walaupun mereka menyalahkan dia.
4 Elihu yang termuda antara mereka. Oleh itu dia menunggu sehingga setiap orang sudah bercakap.
5 Setelah dia melihat tiga orang itu tidak dapat menjawab Ayub, dia menjadi marah
6 dan berkata demikian,“Aku ini masih muda, sedangkan kamu sudah tua,oleh itu aku takut dan ragu-ragu mengemukakan pendapatku.
7 Fikirku, biarlah yang sudah lanjut usia bercakap,dan yang lebih tua membahagikan hikmat.
8 Tetapi sebenarnya Roh Allah Yang Maha Kuasayang memberikan hikmat kepada manusia.
9 Orang menjadi bijak, bukan kerana lanjut umurnya;orang mengerti yang benar, bukan kerana tinggi usianya.