21 Waspadalah, jangan berpaling kepada kejahatan;penderitaan didatangkan untuk menjauhkan engkau daripada kejahatan.
22 Ingatlah, kuasa Allah sungguh besar.Dialah guru yang maha besar.
23 Tiada sesiapa yang boleh memberitahu Allah apa yang harus dilakukan,ataupun menuduh Dia melakukan kejahatan.
24 Allah sentiasa dipuji kerana perbuatan-Nya;engkau juga mesti menyanjung Dia.
25 Semua orang telah melihat perbuatan-Nya;tetapi kita dapat memandang dari jauh sahaja.
26 Kita tidak dapat mengetahui keagungan Allah dengan sepenuhnya,ataupun mengira jumlah tahun-Nya.
27 Allah yang menarik air dari bumi ke langit,dan mengubahnya menjadi titisan air hujan.