22 Ingatlah, kuasa Allah sungguh besar.Dialah guru yang maha besar.
23 Tiada sesiapa yang boleh memberitahu Allah apa yang harus dilakukan,ataupun menuduh Dia melakukan kejahatan.
24 Allah sentiasa dipuji kerana perbuatan-Nya;engkau juga mesti menyanjung Dia.
25 Semua orang telah melihat perbuatan-Nya;tetapi kita dapat memandang dari jauh sahaja.
26 Kita tidak dapat mengetahui keagungan Allah dengan sepenuhnya,ataupun mengira jumlah tahun-Nya.
27 Allah yang menarik air dari bumi ke langit,dan mengubahnya menjadi titisan air hujan.
28 Dia membiarkan air mencurah dari mega,menjadi hujan yang turun ke atas semua manusia.