24 Allah sentiasa dipuji kerana perbuatan-Nya;engkau juga mesti menyanjung Dia.
25 Semua orang telah melihat perbuatan-Nya;tetapi kita dapat memandang dari jauh sahaja.
26 Kita tidak dapat mengetahui keagungan Allah dengan sepenuhnya,ataupun mengira jumlah tahun-Nya.
27 Allah yang menarik air dari bumi ke langit,dan mengubahnya menjadi titisan air hujan.
28 Dia membiarkan air mencurah dari mega,menjadi hujan yang turun ke atas semua manusia.
29 Tiada sesiapa yang tahu caranya awan bergerak,atau guruh mengguntur di langit tempat kediaman Allah.
30 Dia menerangi seluruh langit dengan kilat,tetapi dasar laut tetap gelap pekat.