27 Allah yang menarik air dari bumi ke langit,dan mengubahnya menjadi titisan air hujan.
28 Dia membiarkan air mencurah dari mega,menjadi hujan yang turun ke atas semua manusia.
29 Tiada sesiapa yang tahu caranya awan bergerak,atau guruh mengguntur di langit tempat kediaman Allah.
30 Dia menerangi seluruh langit dengan kilat,tetapi dasar laut tetap gelap pekat.
31 Itulah cara Dia memberikan makanan kepada manusia,dan menyediakan makanan yang berlimpah-limpah.
32 Dia menangkap kilat dengan tangan,lalu menyuruhnya menyambar sasaran.
33 Bunyi guruh menandakan bahawa ribut akan melanda,dan ternakan pun tahu bahawa badai segera tiba.