17 Tidak, engkau hanya dapat mengeluh kepanasanapabila bumi dilanda angin selatan.
18 Dapatkah engkau menolong Allah membentangkan cakerawala,dan menjadikannya sekeras logam tuangan?
19 Ajarlah kami apa yang harus kami katakan kepada Allah;fikiran kami kosong dan kami tidak dapat mengatakan apa-apa.
20 Aku tidak mahu memohon untuk bercakap dengan Allah;jangan-jangan Dia mengambil peluang untuk membinasakan aku.
21 Kini cahaya di langit terlalu terang sehingga menyilaukan mata,dan langit pun dibersihkan oleh hembusan angin.
22 Sinar keemasan kelihatan di utara,dan kemuliaan Allah mengagumkan kita.
23 Sunggguh besar kuasa Allah sehingga kita tidak dapat mendekati-Nya;Dia jujur dan adil terhadap manusia.