20 Aku tidak mahu memohon untuk bercakap dengan Allah;jangan-jangan Dia mengambil peluang untuk membinasakan aku.
21 Kini cahaya di langit terlalu terang sehingga menyilaukan mata,dan langit pun dibersihkan oleh hembusan angin.
22 Sinar keemasan kelihatan di utara,dan kemuliaan Allah mengagumkan kita.
23 Sunggguh besar kuasa Allah sehingga kita tidak dapat mendekati-Nya;Dia jujur dan adil terhadap manusia.
24 Itulah sebabnya, setiap manusia menghormati Allah,dan orang yang mengaku dirinya bijak tidak dihiraukan-Nya.”