6 Salji jatuh ke bumi atas perintah-Nya,dan hujan lebat turun atas suruhan-Nya.
7 Dia menghentikan pekerjaan manusia,supaya mereka tahu apa yang dapat dilakukan-Nya.
8 Binatang liar masuk ke dalam gua,lalu berlindung di dalam sarangnya.
9 Angin ribut datang dari selatan,dan angin yang sejuk sekali datang dari utara.
10 Nafas Allah membekukan permukaan air yang luas,dan mengubahnya menjadi ais yang keras.
11 Mega dimuati-Nya dengan air,dan awan bercahaya kerana diterangi petir.
12 Awan melayang ke seluruh dunia,dan melakukan segala perintah Allah.