10 Aku menentukan sempadan samuderadan dengan pintu berpalang Aku membendungnya.
11 Aku memberitahunya, ‘Hingga di sini sahaja, dan tidak lebih jauh lagi!Di sinilah ombakmu yang kuat mesti berhenti.’
12 Hai Ayub, pernahkah dalam hidupmu engkau mendatangkan pagi,dan memerintah fajar merekah?
13 Pernahkah engkau menyuruh fajar menguasai bumidan mengebas orang jahat dari tempat mereka bersembunyi?
14 Cahaya matahari menampakkan bukit dan lembahsejelas cap pada tanah liat dan lipatan pada jubah.
15 Cahaya matahari terlalu cerah untuk orang yang melakukan kejahatan,dan menghalang mereka daripada melakukan keganasan.
16 Pernahkah engkau turun ke sumber mata laut?Pernahkah engkau berjalan di dasar laut?