17 Pernahkah sesiapa menunjukkan pintu gerbang maut kepada kamu,pintu yang menutup alam maut yang gelap gelita itu?
18 Tahukah engkau keluasan dunia?Jawablah, jika engkau tahu segalanya.
19 Tahukah engkau asalnya cahaya?Tahukah engkau tempatnya kegelapan?
20 Dapatkah engkau menentukan batas di antara kegelapan dan cahaya,ataupun menghantar kedua-dua itu pulang setelah datang?
21 Engkau menyangka bahawa engkau tahu jawapan semuanya,seolah-olah engkau hadir ketika Aku menciptakan dunia;tentunya engkau sudah sangat tua!
22 Pernahkah engkau melawat ke gudang-gudang-Ku,tempat Aku menyimpan salji dan hujan batu?
23 Aku menyediakannya untuk masa kesusahan,untuk hari pertempuran dan peperangan.