30 Siapakah yang mengubah air menjadi batudan menjadikan permukaan laut beku?
31 Dapatkah engkau memberkas gugusan Bintang Kartika,ataupun melepaskan ikatan Bintang Orion?
32 Dapatkah engkau membimbing bintang-bintang pada setiap musim,dan menuntun Biduk Besar dan Biduk Kecil?
33 Tahukah engkau hukum-hukum di cakerawala,dan dapatkah engkau menerapkannya di dunia?
34 Dapatkah engkau meneriakkan perintah kepada awan,dan menyuruhnya membasahi engkau dengan hujan?
35 Jika engkau memerintah kilat supaya sabung-menyabung,adakah kilat datang kepadamu dan berkata, “Saya, tuan!”?
36 Siapakah yang memberitahu burung ibis bahawa Sungai Nil akan banjir?Siapakah yang memberitahu ayam jantan bahawa hujan akan turun?