35 Jika engkau memerintah kilat supaya sabung-menyabung,adakah kilat datang kepadamu dan berkata, “Saya, tuan!”?
36 Siapakah yang memberitahu burung ibis bahawa Sungai Nil akan banjir?Siapakah yang memberitahu ayam jantan bahawa hujan akan turun?
37 Siapakah yang cukup bijak untuk mengira awan,dan mencondongkannya sehingga mencurahkan hujan,
38 hujan yang mengeraskan debu menjadi gumpalan,dan tanah menjadi ketulan?
39 Dapatkah engkau memburu mangsa untuk singa,dan mengenyangkan anak singa,
40 apabila singa bersembunyi di dalam gua,atau menunggu mangsa di dalam sarangnya?
41 Siapakah yang memberi makan kepada gagak hitamketika burung itu merayau mencari makanan,ketika anak-anak burung berseru kepada-Ku meminta makanan?