7 pada waktu bintang-bintang pagi bernyanyi bersama-sama,dan makhluk-makhluk syurga bersorak gembira?
8 Siapakah yang menutup pintu untuk membendung samuderaketika air memancar keluar dari rahim bumi?
9 Akulah yang meliputi laut dengan awandan menyelimutinya dengan kegelapan.
10 Aku menentukan sempadan samuderadan dengan pintu berpalang Aku membendungnya.
11 Aku memberitahunya, ‘Hingga di sini sahaja, dan tidak lebih jauh lagi!Di sinilah ombakmu yang kuat mesti berhenti.’
12 Hai Ayub, pernahkah dalam hidupmu engkau mendatangkan pagi,dan memerintah fajar merekah?
13 Pernahkah engkau menyuruh fajar menguasai bumidan mengebas orang jahat dari tempat mereka bersembunyi?