6 Kemudian dari ribut, TUHAN berfirman lagi kepada Ayub,
7 “Sekarang bertindaklah sebagai lelaki,dan jawablah soalan-soalan-Ku ini.
8 Adakah engkau cuba membuktikan bahawa Aku tidak adil,dan menyalahkan Aku dengan membenarkan dirimu?
9 Adakah engkau sekuat Aku?Bolehkah suaramu mengguntur sekuat suara-Ku?
10 Jika demikian, bangkitlah dengan hormat dan megah;selubungilah dirimu dengan kebesaran dan kemuliaan.
11 Perhatikanlah orang yang sombong;curahkanlah kemarahanmu dan hinakanlah mereka.
12 Ya, pandanglah orang yang sombong dan tundukkanlah mereka;hancurkanlah orang jahat sekarang juga.