1 Kemudian Ayub menjawab TUHAN,
2 “Aku tahu, ya TUHAN, bahawa Engkau dapat melakukan segala sesuatu;Engkau dapat melakukan apa sahaja.
3 Engkau bertanya sebabnya aku berani mempersoalkan hikmat-Mu,padahal aku tidak tahu apa-apa.Aku bercakap tentang perkara yang tidak aku mengerti,mengenai hal-hal yang terlalu ajaib bagiku ini.
4 Engkau menyuruh aku mendengar ketika Engkau berfirman,dan memberikan jawapan apabila Engkau bertanya.
5 Dahulu aku hanya mendengar tentang Engkau,tetapi kini aku sendiri melihat Engkau.
6 Oleh itu, aku malu kerana segala perkataanku,dan dengan menyesal aku duduk dalam debu dan abu.”