12 TUHAN memberkati Ayub dengan lebih berlimpah pada akhir hidupnya daripada masa sebelum dia mengalami penderitaan. Ayub memiliki 14,000 ekor domba, 6,000 ekor unta, 2,000 ekor lembu, dan 1,000 ekor keldai.
13 Dia menjadi bapa kepada tujuh orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan.
14 Dia menamakan anak perempuannya yang sulung Yemima, yang kedua Kezia, dan yang bongsu Kerenhapukh.
15 Tiada gadis di seluruh negeri yang secantik anak-anak perempuan Ayub. Mereka mewarisi harta Ayub bersama dengan saudara lelaki mereka.
16 Selepas itu Ayub hidup seratus empat puluh tahun sehingga dapat melihat cucu-cicitnya.
17 Lalu Ayub meninggal dalam usia yang sangat lanjut.