1 Berserulah, Ayub. Adakah sesiapa yang memberikan jawapan?Adakah malaikat yang dapat engkau minta bantuan?
2 Orang bodoh mati kerana sakit hati,orang bebal mati kerana iri hati.
3 Aku pernah nampak orang bodoh yang kelihatan selamat,tetapi dengan serta-merta aku mengutuk tempat tinggal mereka.
4 Anak-anak mereka tidak selamat;tiada orang membela mereka di mahkamah.
5 Orang yang lapar makan hasil tanaman orang bodohbahkan gandum yang ditengah belukar;dan orang yang haus hartamengidamkan kekayaan orang bodoh.