21 Allah akan menyelamatkan engkau daripada dusta dan fitnah;Dia akan menyelamatkan engkau apabila kebinasaan tiba.
22 Apabila keganasan dan kelaparan melanda,engkau akan tabah bahkan tertawa.Engkau tidak takut dan cemasmenghadapi binatang buas yang ganas.
23 Ladang yang engkau bajak tidak akan berbatu,dan binatang liar tidak akan menyerang engkau.
24 Engkau akan hidup aman di dalam khemahmu;apabila engkau memeriksa dombamu, semuanya selamat.
25 Engkau akan mempunyai banyak keturunan,sebanyak rumput di padang ternakan.
26 Seperti gandum masak dituai pada musimnya,engkau akan hidup sampai lanjut usia.
27 Ayub, semua itu telah kami kaji dan dapati benar.Oleh itu, terimalah kerana hal itu benar.”