16 Orang jahat tumbuh seperti rumpai di bawah matahari,seperti rumpai yang berselerak di seluruh taman.
17 Akarnya melilit batu,dan mencengkam setiap batu itu.
18 Tetapi setelah rumpai dicabuttiada orang tahu bahawa rumpai pernah di situ.
19 Memang, itu sahaja keriangan bagi orang jahat;kini orang lain yang mengambil tempat mereka.
20 Tetapi Allah tidak pernah meninggalkan orang yang setia,Dia tidak pernah menolong orang yang durjana.
21 Dia akan membiarkan engkau tertawadan bersorak-sorak dengan gembira,
22 tetapi orang yang membenci engkau akan dipermalukan,dan tempat kediaman orang jahat akan dimusnahkan.”