23 Apabila orang yang tidak bersalah, mati dengan tiba-tiba,Allah ketawa sahaja.
24 Allah telah memberikan dunia ini kepada orang durjana,dan menjadikan semua hakim buta.Allah yang melakukan semua ini.Kalau bukan Dia, siapa lagi?
25 Hari-hariku berlalu dengan cepat sekali,tetapi tiada satu hari pun yang menyenangkan hati.
26 Seperti perahu laju, hidupku berlalu,secepat helang menyambar mangsanya.
27-28 Jika aku tersenyum dan cuba melupakan derita,segala dukaku kembali memburu aku;aku tahu bahawa Allah menyalahkan aku.
29 Allah telah menyalahkan aku, peduli apa aku?
30 Tiada sabun yang dapat menghilangkan dosaku.