1 Oleh sebab kebijaksanaannya, seseorang yang miskin dapat berasa bangga, dan dia akan mendapat tempat di kalangan orang besar.
2 Jangan puji orang kerana mereka tampan dan jangan hina orang kerana mereka tidak rupawan.
3 Lebah adalah binatang yang paling kecil antara binatang bersayap, tetapi madu yang dibuatnya adalah yang paling manis.
4 Jangan banggakan pakaian yang bagus dan jangan jadi sombong apabila engkau dipuji. Hal itu demikian kerana pekerjaan Tuhan itu ajaib dan tersembunyi bagi manusia.
5 Banyak raja akhirnya harus duduk di lantai, sedangkan orang yang sebelumnya tidak terkenal, dimahkotai.