1 Segala kebijaksanaan berasal daripada Tuhandan ada pada-Nya untuk selama-lamanya.
2 Siapakah dapat menghitung pasir di pantai, titik-titik air hujan,atau hari-hari abadi?
3 Siapakah dapat menduga tingginya langit, luasnya bumi,dalamnya samudera, atau dalamnya kebijaksanaan?
4 Kebijaksanaan dicipta pertama sekali sebelum segalanya,dan pengertian yang arif telah sentiasa wujud.
6 Kepada siapakah diberitahukan pangkal kebijaksanaan,dan siapakah yang menyelami kepandaiannya?
8 Hanya Satu yang bijaksana, iaitu Dia yang duduk di atas takhta.Kita harus takut dan hormat kepada-Nya.
9 Tuhan sendirilah yang mencipta kebijaksanaan;Dia melihatnya dan menghargainya.Segala ciptaan-Nya dipenuhi-Nya dengan kebijaksanaan.
10 Setiap makhluk menerima kebijaksanaan sesuai dengan pemberian Tuhan;Dia memberikan kebijaksanaan kepada orang yang mencintai-Nya.
11 Takut kepada Tuhan membawa kehormatan dan kebanggaan,kesukaan serta kegembiraan yang tertinggi.
12 Takut kepada Tuhan menyegarkan hati dan memberikan sukacita,kegirangan serta umur panjang.
13 Orang yang takut kepada Tuhan akhirnya sejahtera;Allah akan memberkati mereka pada hari ajal mereka.
14 Takut kepada Tuhan ialah langkah pertama menuju kebijaksanaan;orang yang setia menerima kebijaksanaan sejak dari kandungan ibu mereka.
15 Kebijaksanaan ada pada manusia sejak dahulu kaladan tetap tinggal pada keturunan mereka.
16 Takut kepada Tuhan ialah kebijaksanaan yang sempurna;kebijaksanaan memuaskan hati kita dengan semua pemberiannya,
17 mengisi rumah kita dengan segala keinginan hati kita,serta gudang-gudang kita dengan hasilnya.
18 Takut kepada Tuhan ialah puncak kebijaksanaanyang berkembang dengan kesejahteraan dan kesihatan.
19 Kebijaksanaan mencurahkan pengertian dan pengetahuan.Orang yang memilikinya bertambah kehormatan mereka.
20 Takut kepada Tuhan adalah pangkal kebijaksanaan,dan umur panjang adalah ranting-rantingnya.
22 Orang yang marah tanpa alasan tidak dapat dimaafkan, oleh sebab kemarahan yang meluap-luap mencelakakan manusia.
23 Orang yang sabar menunggu saat yang tepat akan bergembira kelak.
24 Orang yang berdiam diri sehingga saat yang tepat akan sangat dipuji kerana kearifan mereka.
25 Kebijaksanaan kaya dengan bidalan yang arif, tetapi orang yang berdosa menganggap kehidupan yang salih suatu kekejian.
26 Jika engkau menginginkan kebijaksanaan, taatilah perintah-perintah Tuhan, maka Tuhan akan memberikannya kepadamu.
27 Orang yang takut kepada Tuhan ialah orang yang bijaksana dan terdidik. Tuhan suka kepada orang yang setia dan merendahkan hati.
28 Hendaklah engkau takut kepada Tuhan dan mendampingi Dia dengan kejujuran. Jangan beribadat kepada Tuhan dengan tidak jujur.
29 Jagalah kata-katamu selalu, dan janganlah jadi orang munafik.
30 Jangan sombongkan diri supaya engkau tidak jatuh dan mendapat malu, oleh sebab Tuhan akan membuka rahsiamu dan mempermalukan engkau di hadapan seluruh umat, kerana engkau tidak takut kepada Tuhan dan engkau bersikap munafik.