1 Jangan inginkan banyak anak yang nakal dan jangan bergembira kerana anak yang derhaka.
2 Biarpun anakmu banyak, jangan banggakan jumlahnya kalau mereka tidak takut kepada Tuhan
3 Jangan taruh harapanmu pada umur panjang mereka, dan jangan pula harapkan bilangan anak yang banyak. Lebih baik mempunyai seorang anak daripada seribu, dan lebih baik mati tanpa anak daripada mempunyai anak yang derhaka.
4 Oleh sebab seorang yang arif, penduduk kota dapat bertambah banyak, tetapi bangsa yang derhaka akan habis binasa.
5 Hal seperti itu sering saya lihat, bahkan hal yang lebih hebat lagi saya dengar.
6 Api akan berkobar-kobar di tengah kumpulan orang yang berdosa dan kemurkaan Tuhan menyala antara bangsa yang tidak taat.
7 Pada zaman purba Tuhan tidak mengampuni raksasa-raksasa yang bergantung kepada kekuatan mereka sendiri dan yang memberontak terhadap-Nya.
8 Dia membenci kebongkakan orang yang hidup sekota dengan Lot dan Dia tidak mengasihani mereka.
9 Bangsa yang berdosa itu tidak disayangi-Nya, melainkan dimusnahkan-Nya kerana dosa mereka.
10 Begitu juga nasib 600,000 orang dalam perjalanan di padang gurun yang dengan degil berkumpul untuk memberontak.
11 Bahkan sekiranya ada seorang sahaja yang degil, sungguh suatu keajaiban kalau dia terlepas daripada hukuman. Tuhan penuh belas kasihan, tetapi juga dapat menjadi murka. Dia berkuasa untuk memberi ampun, tetapi juga menimpakan kemurkaan-Nya.
12 Belas kasihan Tuhan berlimpah-limpah, tetapi hukuman-Nya pun sangat berat. Dia menghakimi orang sesuai dengan perbuatan mereka.
13 Orang yang berdosa dan barang rampasan mereka tidak akan terlepas, sedangkan orang salih yang sabar tidak akan dikecewakan.
14 Setiap orang salih akan menerima upahnya dan masing-masing akan menerima sesuai dengan perbuatannya.
17 Jangan berkata, “Aku akan bersembunyi daripada Allah. Di atas sana tidak ada sesiapa yang memikirkan aku. Aku tidak akan dikenali di kalangan sekian banyak orang. Aku tidak bererti di dalam ciptaan yang tidak terhingga ini.”
18 Apabila Tuhan datang, segala sesuatu akan goncang: bumi dan samudera yang luas di bawahnya, langit dan angkasa raya di atasnya.
19 Gunung-gunung bergoncang dan dasar-dasar bumi gementar apabila dipandang Tuhan.
20 Tetapi semua itu tidak terfikir oleh manusia dan tidak ada yang memperhatikan jalan-jalan Tuhan.
21 Kebanyakan karya Tuhan tersembunyi seperti angin taufan yang tidak kelihatan oleh manusia.
22 “Siapa mahu memberitakan perbuatan-perbuatan Tuhan yang adil dan siapa masih mahu menantikan-Nya? Hal itu demikian kerana lambat sekali Tuhan melaksanakan apa yang dijanjikan-Nya.”
23 Begitulah fikiran orang yang cetek pengetahuannya, bodoh, dan tersesat.
24 Anakku, dengarlah dan perhatikanlah kata-kataku supaya engkau memperoleh pengetahuan.
25 Aku akan menyampaikan pengajaran dengan teratur dan pengetahuan dengan teliti.
26 Pada permulaan, Allah menciptakan segala-galanyadan Dia menentukan setiap tempatnya.
27 Seluruh ciptaan diatur-Nya untuk selama-lamanya,dan untuk setiap makhluk dan keturunannya ditentukan wilayah kekuasaannya.Tidak ada yang kelaparandan tidak ada yang menjadi lelah atau berhenti bekerja.
28 Yang satu tidak mendesak yang laindan tidak pernah ada yang melawan perintah Tuhan.
29 Sesudah menciptakan semuanya,Tuhan memandang ke bumi dan mengisinya dengan segala yang baik.
30 Dia memenuhi permukaan bumi dengan segala macam makhluk hidup.Semua makhluk adalah fana dan harus kembali menjadi tanah.