1 Kebijaksanaan memuji diri sendiri dan bermegah-megah di tengah orang Israel umatnya,
2 di hadapan jemaah Allah Yang Maha Tinggi dan di hadapan kekuasaan-Nya:
3 “Aku perkataan yang berasal daripada Yang Maha Tinggi,seperti kabut aku menutupi bumi.
4 Aku tinggal di tempat yang tinggi,takhtaku ada di atas awan.
5 Seorang diri aku mengelilingi langitdan mengharungi lautan di bawah bumi.
6 Aku menguasaiseluruh bumi dan gelombang laut,serta segala suku bangsa.
7 Aku mencari tempat kediaman antara mereka semua:suatu wilayah untuk menetap.
8 Lalu Pencipta alam semesta yang mencipta akumenentukan tempat kediaman bagiku.‘Tinggallah di Israel,’ perintah-Nya,‘keturunan Yakub akan menjadi milikmu.’
9 Aku diciptakannya sejak awal muladan akan wujud untuk selama-lamanya.
10 Aku berbakti kepada-Nya di dalam Khemah Tuhandan menetap di Bukit Sion.
11 Dia menempatkan aku di kota kesayangan-Nya;aku diberi kuasa atas kota Yerusalem.
12 Maka berakarlah aku di tengah bangsa yang terpujiyang dipilih oleh Tuhan menjadi milik-Nya sendiri.
13 Aku tumbuh seperti pokok sedar di Lebanon,seperti pokok sipres di Gunung Hermon.
14 Aku berkembang seperti pokok kurma di En-Gedi,seperti bunga mawar di Yerikho,laksana pokok zaitun yang indah di dataran,laksana pokok berangan yang menjadi besar di tepi air.
15 Aku harum seperti kayu manis,seperti minyak wangi dan kemenyan pilihan;semerbak laksana wangi-wangiandan asap kemenyan di Khemah Tuhan.
16 Seperti pokok oak kubentangkan dahan-dahanku;ranting-rantingku elok untuk dipandang.
17 Seperti pokok anggur aku menumbuhkan tunas-tunas indah,bungaku menjadi buah yang banyak dan lazat.
19 Datanglah, siapa sahaja yang mengingini aku,makanlah buah-buahku sehingga kenyang.
20 Kenanganku lebih manis daripada madu,memiliki aku lebih manis daripada sarang lebah.
21 Yang makan aku masih lapar jugadan yang minum aku masih haus.
22 Orang yang taat kepadaku tidak akan kecewadan yang bekerja dengan bimbinganku tidak akan berdosa.”
23 Kebijaksanaan terdapat dalam Perjanjian Allah Yang Maha Tinggi, iaitu hukum yang diberikan Musa kepada kita sebagai pusaka umat Israel.
25 Hukum itu penuh dengan kebijaksanaan berlimpah-limpah seperti Sungai Pison atau Sungai Tigris pada musim buah-buahan.
26 Hukum itu meluapkan pengertian seperti Sungai Efrat atau Sungai Yordan pada musim menuai.
27 Hukum itu mengalirkan pengajaran seperti Sungai Nil atau Sungai Gihon pada musim memetik buah anggur.
28 Manusia yang pertama tidak mengenal kebijaksanaan dengan sempurna, dan manusia terakhir pun tidak akan menyelaminya,
29 oleh sebab fikirannya lebih berisi daripada samudera dan nasihatnya lebih dalam daripada samudera raya di bawah bumi.
30 Aku ini seperti parit yang mengalirkan air dari sungai ke taman.
31 Aku bermaksud mengairi kebunku dan petak persemaianku. Tetapi tiba-tiba paritku menjadi sungai, dan sungai menjadi laut.
32 Aku mahu memancarkan ajaranku supaya terlihat sehingga jauh seperti fajar.
33 Aku mahu menyiarkan ajaranku sebagai nubuat dan mewariskannya kepada semua generasi yang akan datang.
34 Ketahuilah bahawa aku tidak berjerih payah bagi diriku sendiri, tetapi bagi semua orang yang ingin menjadi bijaksana.