1 Jangan berdosa kerana memihak dan jangan berasa malu kerana hal-hal ini:
2 Taurat dan perjanjian Allah Yang Maha Tinggi;keputusan yang memberi keadilan, bahkan kepada orang jahat;
3 berkongsi biaya dengan rakan atau teman seperjalanan;membahagi warisan teman;
4 menggunakan takaran dan ukuran yang tepat;mendapat keuntungan, sama ada besar atau kecil;
5 mendapat untung daripada tawar-menawar dengan seorang pedagang;berulang-ulang mendisiplinkan anak-anakmu;memukul seorang hamba yang tidak setia sehingga berdarah.
6 Sebaiknya, simpanlah milikmu di tempat yang terkunci kalau isterimu tidak dapat dipercayai, atau jika terdapat banyak orang berkumpul.
7 Hitunglah dan timbanglah apa yang kausimpan di tempat lain, dan catatlah semua pemasukan dan pengeluaranmu.
8 Jangan malu untuk mengajar orang bodoh atau orang lanjut usia yang dituduh kerana hidup tidak senonoh. Maka engkau menjadi orang yang sungguh terdidik dan terpuji di hadapan setiap orang.
9 Diam-diam seorang bapa tidak dapat tidur kerana memikirkan anak perempuannya. Waktu anak itu masih muda, bapanya khuatir jangan-jangan dia tidak mendapat suami. Sesudah anak itu berkahwin, bapanya khuatir jangan-jangan dia dibenci suaminya.
10 Waktu dia masih perawan, bapanya cemas jangan-jangan dia dicemarkan dan menjadi hamil sementara masih tinggal di rumah bapanya. Sesudah dia kahwin, bapanya cemas jangan-jangan dia mandul atau tidak setia.
11 Awasilah dengan ketat anak perempuanmu yang keras kepala. Kalau tidak, engkau dijadikan bahan tertawaan musuh-musuhmu, buah bibir orang sekota, bahan ejekan orang, dan engkau ditertawakan di hadapan orang ramai.
12 Jangan pandang siapa pun kerana kecantikannya, dan jangan duduk-duduk bersama dengan perempuan,
13 kerana daripada mereka datang kejahatan, seperti ngengat dari pakaian.
14 Lebih baik seorang lelaki yang jahat daripada seorang perempuan yang pura-pura baik. Seorang perempuan mendatangkan malu dan nista.
15 Aku hendak mengenangkan karya Tuhan,apa yang kulihat akan kuwartakan;semuanya telah dijadikan oleh firman-Nya.
16 Sinar suria menerangi segala-galanya;karya Tuhan dipenuhi dengan kemuliaan-Nya.
17 Bahkan kepada para malaikat-Nya Tuhan tidak memberi kemampuanuntuk menceritakan segala perbuatan-Nya yang mengagumkan,yang ditentukan Tuhan Yang Maha Kuasasupaya alam semesta kukuh dalam kemuliaan-Nya.
18 Dia menyelami lautan dan hati manusiadan mengetahui segala rancangannya.Yang Maha Tinggi tahu segala yang dapat diketahui,tanda-tanda zaman difahami-Nya.
19 Dia memberitahukan yang dahulu dan yang akan datangdan menyingkapkan rahsia yang paling dalam.
20 Dia memperhatikan segala fikiran kitadan mendengar setiap kata yang kita ucapkan.
21 Dunia yang rapi teraturmenampakkan kebijaksanaan-Nya yang besar;Dia yang esa dan kekal abadi.Tidak ada yang dapat ditambahkan atau dikurangi daripada-Nya,Dia tidak memerlukan sesiapa pun sebagai penasihat.
22 Seluruh karya Tuhan menawan hati,sehinggakan percikan api yang paling kecil.
23 Semuanya hidup dan giat sepanjang masadan dengan patuh memenuhi segala tujuan masing-masing.
24 Segalanya dijadikan berpasangan yang saling berlawanan;tidak ada yang kurang sempurna dalam ciptaan Tuhan.
25 Setiap satu melengkapi kebaikan yang lain,tidak puas-puasnya kita memandang keagungan-Nya.