1 Betapa indahnya langit yang cerah di atas kita,sungguh pemandangan yang mengagumkan dan mulia.
2 Matahari yang terbit mewartakan keajaibannyasebagai ciptaan Tuhan Yang Maha Tinggi.
3 Pada waktu siang matahari menghanguskan tanah;tidak ada yang tahan terhadap panas teriknya.
4 Orang yang menjaga perapian sangat kepanasan,tetapi matahari membakar bukit-bukit tiga kali ganda.Matahari memancarkan sinar yang menyala;cahayanya menyilaukan mata.
5 Agunglah Tuhan yang menciptakannya,dan dengan perintah-Nya, matahari mempercepat peredarannya.
6 Bulan pun tepat pada waktunya,penunjuk zaman dan penanda waktu.
7 Bulan menandakan hari-hari perayaancahayanya menjadi pudar setelah cahaya purnama.
8 Bulan memberi namanya kepada masa satu bulan;sinarnya bertambah secara ajaib dalam peredarannya.Bulan bersinar di cakerawaladan menjadi tanda bagi tentera angkasa.
9 Bintang-bintang menambah semarak cakerawala,hiasan gilang-gemilang di langit Tuhan.
10 Tempatnya sudah ditentukan oleh firman Tuhan Yang Maha Tinggi;semuanya tidak pernah jemu dalam tugas menjaga.
11 Pandanglah pelangi dan pujilah Penciptanya.Betapa indahnya pelangi dalam semaraknya!
12 Dengan megah pelangi melingkungi bentangan langityang direntangkan Tuhan Yang Maha Tinggi.
13 Dengan perintah Tuhan turunlah salji;kilat menyambar untuk menjalankan hukuman Tuhan.
14 Lalu terbukalah gudang-gudang di langitdan awan-awan keluar seperti burung yang berterbangan.
15 Dengan kuasa-Nya Dia menebalkan awan-awan,lalu memecahkannya menjadi hujan batu.
16-17 Oleh sebab gemuruh petirnya, bumi meringkuk kesakitan;gunung-gunung bergoncang melihat Tuhan datang.Dengan kehendak-Nya bertiuplah angin selatan,dari utara datang badai dan angin taufan.Ditebarkan-Nya salji seperti burung yang hinggap,seperti belalang yang mendarat.
18 Sungguh menakjubkan warnanya yang putih bersih;kita terpesona memandangnya jatuh ke bumi.
19 Tuhan menghamburkan embun beku seperti garamyang menjadi mata duri kerana kesejukan.
20 Dia mendatangkan angin sejuk dari utara;kesejukannya membuat air membeku.Setiap kolam air menjadi bekuseolah-olah ditutupi baju besi.
21 Dia menghanguskan bukit-bukit dan padang gurun,seperti api membakar rumput.
22 Tetapi semua disegarkan kembali oleh kabut;sementara embun turun, udara menjadi sejuk.
23 Dengan kuasa-Nya Dia meneduhkan samuderadan menempatkan pulau-pulau di sana.
24 Para pelaut menceritakan bahaya di lautan;dengan hairan kita dengar akan kisah mereka.
25 Sebab hal-hal aneh dan menakjubkan terdapat di sana,pelbagai makhluk hidup dan binatang yang dahsyat.
26 Setiap utusan Tuhan berjaya dalam tugasnya,segala sesuatu diatur oleh firman-Nya.
27 Masih banyak yang dapat dikatakan, tidak ada penghabisannya;dengan singkatnya, Tuhan adalah segala-galanya.
28 Bagaimanakah kita dapat memuji Dia?Dia lebih besar daripada segala ciptaan-Nya.
29 Tuhan sangat agung dan menakutkan,kuasa-Nya teramat menakjubkan.
30 Biarpun kamu memuji Dia dengan sedapat-dapatnya,Dia lebih besar daripada pujian itu.Biarpun kamu mengagungkan Dia dengan sekuat tenagamu,jangan jemu, sebab pujianmu tidak pernah cukup.
31 Tiada yang pernah melihat Dia dan dapat menggambarkan-Nya,tidak ada yang mampu memberi pujian yang layak bagi-Nya.
32 Masih banyak perkara besar yang belum diketahui,sebab daripada karya-Nya hanya sebahagian kecil yang kita lihat.
33 Tuhan menciptakan alam semesta,lalu memberi kebijaksanaan kepada orang yang bertakwa.