1 Ada tiga perkara yang sangat kusukai yang menyenangkan hati Allah mahupun manusia, iaitu:saudara-saudara yang hidup rukun,jiran yang bersahabatdan pasangan suami isteri yang hidup mesra.
2 Ada tiga jenis orang yang kubenci dan yang kelakuan mereka sangat menjijikkan aku, iaitu:orang miskin yang bongkak,orang kaya yang suka berdusta,dan lelaki tua yang bodoh dan suka berzina.
3 Apa yang tidak dipelajari pada masa muda tidak mungkin didapati pada masa tua.
4 Pertimbangan yang tepat dan nasihat yang baik sesuai dengan orang tua yang beruban.
5 Kebijaksanaan, pengertian, dan nasihat sesuai dengan orang terhormat yang lanjut usia.
6 Mahkota orang tua-tua ialah pengalaman yang banyak, dan takut kepada Tuhan adalah kebanggaan mereka.
7 Sembilan macam orang kuanggap bahagia, dan yang kesepuluh kupuji bahagia, iaitu:seorang yang bergembira kerana anak-anaknya,seorang yang dalam hidupnya sempat melihat kejatuhan musuhnya,
8 seorang yang mempunyai isteri yang arif,seorang yang tidak berdosa dengan mulutnya,seorang yang tidak melayani majikan yang tidak wajar dihormati,
9 seorang yang mendapat pengertian,seorang yang didengarkan dengan penuh perhatian ketika dia bercakap.
10 Betapa besarnya orang yang mendapat kebijaksanaan!Tetapi yang paling besar daripada semuanya ialah orang yang takut kepada Tuhan.
11 Orang seperti itu tidak ada taranya, kerana takut kepada Tuhan adalah hal yang paling tinggi di dunia.
13 Tidak ada luka yang lebih teruk daripada luka hati. Tidak ada kejahatan yang lebih berat daripada kejahatan seorang perempuan.
14 Tidak ada penderitaan yang lebih berat daripada yang disebabkan oleh pembenci. Tidak ada dendam yang lebih dahsyat daripada dendam musuh.
15 Tidak ada bisa yang lebih berbahaya daripada bisa ular, dan tidak ada kemarahan yang lebih berbahaya daripada kemarahan musuh.
16 Lebih baik tinggal serumah dengan singa dan naga daripada tinggal dengan isteri yang jahat.
17 Kejahatan seorang perempuan mengubah air mukanya dan menyuramkan wajahnya sehingga mirip beruang.
18 Suaminya terpaksa pergi dan makan di rumah jiran, dan dia tentu berkeluh-kesah dengan pahitnya.
19 Setiap kejahatan nampak kecil apabila dibandingkan dengan kejahatan seorang perempuan. Semoga dia dihukum seperti orang yang berdosa.
20 Lelaki pendiam yang mempunyai isteri cerewet seperti seorang tua yang harus mendaki gunung pasir.
21 Jangan ingini perempuan dan jangan terpikat dengan kecantikan mereka.
22 Kalau seorang isteri menyara suaminya, pasti dia akan memarahi, menghina, dan memalukan suaminya.
23 Seorang isteri yang jahat membuat suaminya murung, sakit hati, dan bermuka muram. Seorang isteri yang tidak membahagiakan suaminya menjadikan dia orang yang lemah dan tidak berdaya.
24 Dosa bermula daripada seorang perempuan, dan kerana dia kita semua harus mati.
25 Jangan biarkan seorang isteri yang jahat bercakap bebas, seperti air tangki juga tidak dibiarkan bocor.
26 Kalau dia tidak mahu menurut perkataanmu, ceraikanlah dia.