11 Ada yang berjerih payah dan bekerja keras dengan memburu waktu, tetapi semakin berkekurangan.
12 Ada juga yang lambat bekerja dan tidak mampu melakukan tugas, yang miskin dan perlu ditolong. Tetapi Tuhan berkenan kepada mereka dan mengangkat mereka daripada kesusahan.
13 Tuhan meninggikan mereka sehingga semua orang kehairanan.
14 Semuanya berasal daripada Tuhan: baik dan buruk, kemiskinan dan kekayaan, hidup dan mati.
17 Orang yang bertakwa tetap menerima anugerah Tuhan. Kerelaan Tuhan membimbing mereka selama-lamanya.
18 Ada orang yang menjadi kaya kerana bekerja keras dan berhemat. Tetapi apa ganjarannya?
19 Dia berkata dalam hati, “Sekarang aku dapat berehat dan menikmati hasil jerih payahku.” Tetapi dia tidak tahu berapa lama lagi dia masih hidup sebelum dia mati dan harus meninggalkan hartanya bagi orang lain.